Mengapa Perlu Kualiti?

Posted on August 14, 2008 in by nrzin  Tagged

MENGAPA PERLU KUALITI?

 

Pengenalan

 

Aspek pengurusan kualiti dan kepentingan kualiti tidak hanya dilaksanakan oleh usahawan-usahawan yang menyediakan barangan dan perkhidmatan, malah ia digunakan dan perlu di institusi-institusi pendidikan negara ini termasuk sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Di Britain, ia menjadi sangat penting selepas Akta Reformasi Pendidikan 1988 diluluskan.

 

Term ‘kualiti’ tidak boleh dipandang mudah, dan mungkin ada yang menjangkakan term ini akan terus berubah mengikut arus peredaran zaman. Walau bagaimanapun, ia sudah melebehi setengah abad dan kualiti terus menjadi bahan utama untuk diperbincangkan dan terus diperbaiki dan dimanfaatkan. Bagi Sallis (1996), pengurusan kualiti menyeluruh akan melibatkan dan menunjukkan sejauhmanakah tahap profesional, bermoral, punya daya saing, akauntabiliti dan terus wujud. Sebagai contohnya diperbincangkan aspek moral dan akauntabiliti. 

 

Dari segi moral: institusi pendidikan seperti sekolah sewajarnya perlu menyediakan pendidikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar kerana mereka perlu memanfaatkan pendidikan dengan maksima dan mereka punya masa yang panjang untuk menyumbangkan pembangunan kepada negara mereka sendiri. Tidak boleh sama sekali pendidikan yang tidak berkualiti didedahkan pelajar-pelajar. Ini adalah tangggungjawab yang berat kepada pengurusan sekolah dan menuntut aspek insaniah dan nilai wujud supaya pengurusan yang berkualiti menjadi realiti.

 

Dari segi akauntabiliti:  keperluan membuat laporan, penyediaan data terkini amat memerlukan pengurusan kualiti. Institusi pendidikan perlu bersepadu dengan masyarakat bagi memenuhi keperluan-keperluan masyarakat dengan lebih konsisten.

 

Perubahan ke arah Pengurusan Kualiti di Sekolah

 

Selepas setiap perubahan polisi dalam sesebuah negara, institusi pendidikan seperti sekolah perlu peka dan terpaksa memberi respons terhadap implikasi polisi baru yang akan dilaksanakan. Impaknya jelas, dengan perubahan-perubahan model pengurusan sekolah yang dilakukan yang pada akhirnya mewujudkan satu model pengurusan sekolah yang lebih berkualiti. Cabaran yang besar ialah apakah model terbaik untuk melaksanakan sebarang perubahan seiringan dengan perubahan polisi dalam negara tersebut.

 

Menurut Drucker (1995), institusi pendidikan perlu respons kepada sebarang reformasi sosial dengan mengambil langkah mendefinisikan semula kualiti, menghasilkan produk pendidikan berkualiti dan memikirkan prosedur kerja yang berkualiti. Ini menggambarkan model pengurusan sekolah yang digunakan selama ini perlukan reformasi selari dengan tuntutan perubahan sosial semasa, kepesatan ICT, ekonomi yang sifatnya global dan keupayaan pasaran yang bersifat ‘global village’.

 

Aliran terbaharu kini lebih menumpukan perhatian terhadap sistem pengurusan pendidikan yang memberi perhatian terhadap faktor-faktor di bawah. Adakah sekolah berupaya menangani aspek-aspek seperti berikut?;

 

·         kemajuan ICT yang sangat pesat hingga mampu mewujudkan pembelajaran maya (online learning atau e-learning).

·         penumpuan kearah melahirkan generasi yang bersifat ‘world class’. Sekolah kini mesti melahirkan generasi yang mampu bersaing diperingkat global dalam apa jua bentuk kemahiran.

·         menyediakan kemudahan pendidikan yang bersifat integriti daripada peringkat prasekolah hingga keperingkat pengajian tinggi.

·         penglibatan semakin meluas daripada sektor swasta dan penguncupan peranan pihak awam.

·         memikirkan penyebaran sumber pendidikan yang sifatnya adil tetapi profesional tanpa mengira mana-mana kepentingan.

·         perlu melihat terhadap kepentingan ‘value added’ dan keperluan semasa dan futuristik.

 

Institusi pendidikan di negara ini perlu sokongan yang kuat terutamanya daripada KPM dan Kabinet. Maka, wujudlah Akta Pendidikan 1996 yang telah meminggirkan catatan-catatan dalam segala polisi sebelumnya. Akta Pendidikan 1996 dilihat sebagai ‘tool’ untuk institusi pendidikan negara ini berhadapan dengan cabaran global. Biasanya, sekolah akan melaksanakan model pengurusan terkini kearah kualiti secara evolusi dengan mengabaikan beberapa prosedur kerja yang telah digunakan selama ini.

 

Prosedur-prosedur kerja yang digunakan selama ini perlu disemak kembali dan reformasi perlu dalam pengurusan kualiti dalam sektor pendidikan, misalnya aspek kurikulum, pengurusan sekolah, penilaian, hak-hak pengguna dan tekanan sosial. Sebagai contohnya daripada aspek kurikulum dan aspek pengurusan sekolah dinyatakan seperti di bawah;

 

Dari aspek kurikulum: ia menjadi penting kerana;

 

·         semua kurikulum terkini dapat disampaikan dalam masa yang ditetapkan.

·         membangunkan sumber-sumber dan memberi respons dengan keadaan dan keperluan semasa.

·         menggunakan kepakaran staf dengan sepenuhnya.

·         meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terkini.

·         menggunakan hasil penilaian dalam pembentukan generasi.

·         membentuk kurikulum berdasarkan kepada keperluan negara.

 

Dari aspek pengurusan sekolah: ia menjadi penting kerana;

 

·         merancangkan perancangan strategik yang sesuai dengan keperluan masa depan.

·         menetapkan prosedur pentadbiran yang sesuai.

·         keperluan membuat audit, membuat laporan dan pemeriksaan.

·         akauntabiliti terhadap kepentingan negara dan masyarakat.

·         meningkatkan tahap kecekapan dan mementingkan pengurusan kualiti.

·         menyesuaikan peranan staf dan bersifat fleksibel.

 

PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM)

 

Terdapat beberapa komponen utama dalam TQM bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan, misalnya;

            Fokus                            : pelanggan luaran dan dalaman

            Definisi              : memenuhi kehendak pelanggan

            Skop                             : setiap aspek pengurusan organisasi.

            Tanggungjawab  : semua pihak.

            Standard                        : betul buat kali pertama.

            Kaedah              : mencegah kesilapan

            Ukuran              : ‘zero defect’

            Budaya              : penambahbaikan berterusan

 

 

Menurut Samuel (1997), Sisum (1997), Healy (1994), Parsons (1994), Doherty (1994), Lomax (1996), Davies & West-Burnham (1997) dan Hendry (1994) telah bersependapat bahawa TQM boleh dilaksanakan dengan berkesan di institusi-institusi pendidikan termasuk sekolah. Ia boleh menguruskan sekolah bagi menyediakan keperluan-keperluan masyarakat yang sentiasa berubah-berubah. Sebagai kesimpulan, implikasi daripada TQM ialah;

·         mengukuhkan ‘teamwork’

·         mengurangkan ‘birokrasi’ dan memperkenalkan ‘partnership concept’.

·         mampu menyusun semula struktur pengurusan sekolah kearah kualiti.

·         mencipta pengurus berkualiti

·         hak membuat keputusan bajet organisasi adalah keputusan bersama.

 

Perkembangan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

Di Jepun, TQM mula berkembang selepas PD II. Pelopornya ialah Deming dan Juran. Langkah-langkah awal lebih bersifat kuantitatif dalam bidang industri kejuruteraan. Dakwaan kemajuan ekonomi yang pesat oleh Jepun adalah bermula daripada penumpuan pengurusan kualiti adalah benar. Ia bermula diperingkat persekolahan sehinggalah keperingkat industri-industri mega yang membangunkan negara Jepun. Akhirnya pada tahun 1991, minat terhadap pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) berkembang pesat diinstitusi pendidikan seluruh dunia. Terdapat beberapa kesan positif pengurusan kualiti menyeluruh dalam sesebuah organisasi, misalnya;

 

·         menimbulkan kesedaran dan penglibatan pelanggan dan pembekal semakin bertambah.

·         menimbulkan perasaan bertanggungjawab staf yang semakin bertambah.

·         penekanan terhadap proses dan juga produk meningkat.

·         usaha kearah peningkatan penambahbaikan (cont. improvement)  barangan menjadi berterusan.

Terdapat beberapa pakar atau tokoh dalam kualiti. Mereka banyak menghasilkan penulisan dan kajian berkaitan kualiti yang menjadi bahan rujukan kepada pihak pengurusan kualiti pada masa ini. Antaranya ialah Crosby (formula 14 perkara), Deming (formula 14 perkara), Juran (formula 10 perkara) dan Larrae (formula 12 perkara).

 

Amalan-Amalan TQM oleh Organisasi

Terdapat banyak organisasi didunia ini yang telah menggunakan pengurusan kualiti menyeluruh dalam proses pengurusan dan pentadbiran organisasi-organisasi mereka. Terdapat sesetengah organisasi dianggap tidak menggunakan TQM, tetapi sebenarnya melaksanakan TQM secara tanpa sedar dalam pengurusan seharian mereka, misalnya Mark & Spencer. Lain-lain organisasi ialah ICI, Shell, Motorola dll.

 

Pengurusan Kualiti di Sekolah

Menurut West-Burnham (1999), terdapat beberapa komponen yang dijangkakan akan dapat dilaksanakan dalam proses pengurusan kualiti sekolah iaitu;

·         Prinsip: tujuan pokok, wawasan dan nilai sekolah dapat dilihat melalui kepimpinan sekolah dan digambarkan melalui visi mereka.

 

·         Manusia: menggunakan dasar mendatar iaitu teamwork, mementingkan pembelajaran dan pembangunan serta hubungan kemanusiaan.

·         Pencegahan: berusaha mengurangkan kegagalan (zero defect) atau sekurang-kurangnya mengamalkan konsep pencegahan daripada mengubati.

·         Proses: setakat manakah kemampuan untuk memenuhi kehendak pelanggan.

 

Dalam kata lain, kesungguhan kearah pengurusan kualiti menyeluruh ini tidak terhad kepada maklumat di atas tetapi adalah terpulang sepenuhnya kepada pengurus bagi sesebuah organisasi bagi merancangkan sebuah pengurusan yang sifatnya mementingkan kualiti dalam pengurusan mereka. Antara panduan lain yang juga berguna dalam pengurusan kualiti menyeluruh kepada pengurusan adalah seperti berikut:

·         Tumpuan kepada pengguna atau pelanggan.

·         Kesesuaian dengan tujuan (seperti dikehendakki pengguna)

·         Mencegah kegagalan dan bukan memeriksa selepas berlaku kecacatan. Mengamalkan ‘zero defect’ dan betul buat kali pertama.

·         Memahami kepentingan kos: Memahami keengganan atau kesilapan akan menambahkan kos penyelenggaraan proses.

·         Secara berterusan: melakukan penambahbaikan organisasi.

·         Menghilangkan perasaan takut: untuk melaksanakan perubahan dan sentiasa bersikap positif dan perasaan ingin belajar.

·         Saat penentuan: hidup penuh dengan saat-saat penentuan. Penggunaan yang berterusan oleh pelanggan terhadap barangan dan perkhidmatan organisasi anda, melambangkan penerimaan pelanggan terhadap produk yang dikeluarkan dan berkualiti.

 

Kekurangan-Kekurangan TQM

Antara kekurangan yang dijangkakan oleh Everard dan Morris (1990) ialah;

·         Hasil pendidikan tidak boleh diurus hanya secara kuantitatif

·         Corak pengurusan kualiti menafikan kewujudan nilai & insaniah.

·         Pengurusan kualiti mungkin boleh menolak demokrasi.

·         Pengurusan kualiti mungkin boleh menolak profesionalisme.

·         Pengurusan kualiti mungkin boleh mengurangkan kemesraan antara staf.




Post a comment